Friday 23 December 2011

~~diari sang ayah~~

26 Januari 1992.
Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami isteri. Telah lama ku tunggu saat ini menjadi kenyataan, terima kasih tuhan, aku teramat mensyukuri nikmatmu. akan ku sujud syukur sebagai tanda syukur padaMu, yang telah mengabuli doa kami. terima kasih Tuhan, akan ku jaga sang anak ini, dengan sepenuh kasih cinta. Akan ku lengkapkannya dengan agamaMu, agar cintanya hanya kepada agama, agar menjadi muslimah sejati.
26 Januari 1995.
Happy birthday sayang! semoga kamu membesar dengan penuh rasa cinta, ibumu senantiasa tersenyum melihat telatahmu yang baru belajar berdiri. Ternyata kamu sangat pintar dan cepat belajar, alhamdulillah... Semoga kamu menjadi pesona ibu dan ayah.
Januari 1998.
Hari ini merupakan hari pertama kamu melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Ayah menghantarmu sehingga ke kelas. Kamu menangis di kelas, meminta ayah tunggu. Sayang, janganlah bimbang, di sini  kamu akan memperoleh ramai rakan dan menimba ilmu dari guru. Ayah yakin kamu akan gembira di sini.
Januari 1999.
Pertama kali melangkahkan kaki ke sekolah rendah, ayah sudah merapikan bajumu, tudung dan perkakasan sekolah, sedang ibumu sedari pagi sibuk menyiapkan sarapan dan juga bekalan. Sebentar lagi ayah akan mengejutkan kamu dari tidur biarlah ayah menatap wajah cahaya mata kesayangan ayah ini dahulu, untuk beberapa saat. Sangat comel anak ayah semasa tidur.
November 2003.
Hari ini, kamu pulang dengan senyuman, di tangan kananmu tergenggam erat sekeping slip, dengan mata yang berkaca, kamu berlari lari lalu memeluk erat ibu,dan mencium tangan ayah. Perasaan sebak timbul di hati.sambil mengucapkan ''terima kasih ayah, ibu adik berjanji akan belajar dengan bersungguh sungguh lagi,". Tahniah anakku, tidak sia-sia usaha kamu selama ini. Slip peperiksaan yang tertera huruf A berdarab lima menjadi bukti kesungguhanmu menimba ilmu, teruskan usahamu wahai anak.
Januari 2004.
Alam persekolahan sememangnya indah dan mencabar, sekolah menengah adalah perjalanan seterusnya untukmu berjaya. Teruskanlah perjuanganmu. Ayah bangga mempunyai anak sepertimu, menjagamu, melihatmu tersenyum riang, melihatmu dewasa, menjadi sesuatu yang takkan pernah ayah menyesal..:)
27 Januari 2007.
Hari ini, hati ayah sedikit runsing. Ayah terjumpa surat-surat cinta dari dalam beg sekolahmu, dan sms di telefon bimbitmu memberitahu ayah, bahawa anak ayah sudah pandai bermain cinta. Sememangnya cinta adalah pemberian Tuhan. Tetapi ketahuillah anak, usiamu belum mengizinkanmu untuk ini. Ayah meletakkannya kembali, demi tuhan, ayah sangat risau. Ayah akan cuba sebaik mungkin untuk meluahkan kepadamu, sedewasa mungkin. Ayah tahu kamu kini seorang remaja, ingin dilayan seperti seorang dewasa, ayah faham.
11 p.m.
Ayah terkejut dengan perlakuanmu. Ayah cuba untuk menerangkan kepadamu hal yang sebenar, bukan perasaanmu itu dilarang, namun waktu saja belum tepat untuk merasakan semua, tetapi kamu meninggikan suara, bila ayah menasihatimu, kamu menengking ibumu. Ibumu sedari tadi menangis, lalu tertidur dalam tangisannya. Anakku, ayah sedikit kecewa dengan sikapmu, ketahuilah, kami yang menjaga makan minummu sedari kecil, kamilah yang menyayangimu sepenuh hati, bukan dia.
28 Januari 2009.
Sekali lagi air mata ibumu tumpah dengan sikapmu. Pagi tadi ibu membersihkan bilikmu, agar nampak kemas, sedang ibumu menyapu,i bu terjumpa sebuah beg berwarna ungu. Ibu membuka zip beg tersebut kerana merasa curiga., langkah terkejutnya ibumu, pakaian-pakaian di dalam beg tersebut bukanlah hasil pembelian ibu mahupun ayah. Skirt pendek dengan warna yang pelbagai, baju tanpa lengan, seluar jeans ketat, dan alat kontrasepsi! UNTUK APAKAH ITU WAHAI ANAK! dan tanpa rasa bersalah pula kau mengakui pakaian itu hak mutlak kamu. Bukankah ayah memberikanmu didikan agama yang sempurna?
Lalu siapakah yang mengaji di hadapan ayah dari muqaddam sehingga khatam al quran? Siapakah yang menjadi ma\mum ayah selepas ibu? Siapa pula yang ayah hantar ke sekolah agama setiap petang? Siapa duhai anak? Siapa? Ibumu pengsan selepas solat maghrib tadi. Sedang engkau hilang entah ke mana, curi keluar, tanpa kami sedari.
26 Februari 2010.
Ibarat dipanah petir hati ayah dan ibu apabila mendengar pengakuanmu, "ayah,ibu...adik hamil" ya Allah, apalah dosa-dosaku ya Allah?!. Beratnya beban yang kau beri. Gelap pandangan ayah mendengarkan itu, ibumu? menangis, meraung, memikirkan cahaya matanya yang sudah jauh dari agama. Kurangkah didikan kami?. Kurangkah belaian kasih sayang kami?. Setelah kami tatang kau ibarat minyak yang penuh, lalu apakah jenis timbalan yang kau beri duhai anak?. Di manakah janjimu dahulu wahai sayang?. Janjimu yang akan belajar bersungguh-sungguh?. Sedang rakan-rakanmu pulang dengan membawa senyuman sambil menggenggam slip peperiksaan dan kau pulang membawa keputusan hamil dari hospital?. Adakah ini cara kau membalas jasa ayah dan ibumu?. Apakah ini wahai anakku. Kau melukakan hati ibu, mengguris hati ayah!. Terbayang di fikiran saat kau dijamah buaya laknat tersebut, cukup membuat hati ayah remuk, hancur, berkecai!.
Apakah kau terlupakan agamamu?. Andai kau tidak cintakan ayah dan ibumu lagi, cintailah agamu duhai anak. Kamu punya tuhan. Tuhan yang maha melihat setiap gerak gerimu! terlupakah kau pada zat yang satu itu? lalu apakah yang akan ayah dan ibu jawab, saat diasak pertanyaan dari sang Tuhan, tentang kegagalan kami mendidikmu?. Tentang kealpaan kami dalam mendidikmu?.
Tahukah kamu wahai anak, perbuatanmu bakal menghantar ibu serta ayahmu ke neraka?. Kau campakkan kami ke dalam lubang yang tersedia panasnya sejak penciptaan bumi, dengan menggunakan tangan-tanganmu sendiri!. Kau relakan jasad ibu dan ayah kau dibantai oleh Malik, si penjaga neraka. Kau biarkan kami meraung-raung dijilat api, dan kau hanya melihat kami disengat binatang-binatang bisa!. Sampainya hatimu. kenapa tidak, engkau ambil sahaja pisau, tusuk ayahmu ini, tuangkanlah racun, beri sahaja ibumu minum! lebih rela kami dibunuh, dari menelan pahitnya kenyataan.
Dan hari-hari yang kami lalui selepas itu, tidak seindah saat mengazankanmu di telinga kanan,dan iqamah di telinga kiri..
Anak menangis, meraung-raung menyesali diri yang kotor dan hina, menyesali diri yang tidak pernah mengenal erti syukur, dikurnai ayah yang sempurna. Namun, tangisan tiada lagi berguna, kerana sang ayah bakal tidur lena. Anak hanya mampu menatap wajah ayahnya yang pucat, untuk kali terakhir, sebelum kembali dikambus tanah...
Peringatan buat aku dan semua, sayangilah ibu dan ayah dan jangan pilih jalan hitam!.
"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan):
"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan?) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9)

+kisah 5 sekawan+

ni kisah kehidupan lima orang sahabat yang bernama Panadol, Salbutamol, Statin, Verapamil, dan Sertraline. Mereka berlima beragama Islam hasil dari keturunan ibu bapa mereka. Mereka tinggal di sebuah bandar yang dikenali dengan nama Bandar Tripathi. Ia adalah ibu negara Parmac, sebuah negara Islam contoh di rantau ini. Ia terletak bersebelahan dengan bandar-bandar yang maju seperti Bandar Davidson, Ganong, Bailey dan Netter di sekeliling kepulauan Chaurasia. Bandar Tripathi adalah sebuah negara yang maju dari segi ekonominya yang berdaya saing terutama dalam industri farmaseutikal. Negara Parmac juga adalah pengeluar buku teks pharmac yang terbesar di dunia.
Lima sahabat ini tinggal berdekatan. Pada waktu pagi, selepas solat Subuh bersendirian di bilik masing-maisng, mereka selalu bersarapan bersama-sama di warung Pak Cik Neostigmine (Pak Cik Neo). Mereka berlima bekerja di sebuah kilang milik Glaxo Smithkline. Selalunya mereka pergi ke tempat kerja bersama-sama. Di tempat kerja pula, mereka diletakkan dalam syif yang sama sebagai pembalut kotak-kotak Ribena. Mereka cukup rapat. Selalunya di waktu makan tengahari, mereka berlima akan berkongsi menaiki kereta Panadol untuk bersama-sama ke gerai makan. Habis sahaja makan mereka kembali ke tempat kerja. Statin mengazankan solat Zohor. Verapamil solat bersendirian di suatu sudut manakala Panadol dan Sertraline pergi menunaikan rukun keenam selepas haji (rokok). Salbutamol sudah solat bersendirian dengan cepat sekali kerana dia seorang yang rajin bekerja jadi tiada masa baginya untuk dibazirkan. Verapamil terpaksa solat sendirian lagi kali ini.
Syif petang bermula. Lima sahabat ini gigih bekerja dan mendapat pujian dari bos mereka. Syif berakhir pkul 4.30 petang. Kebiasaannya selepas waktu kerja mereka berlima akan minum petang di sebuah warung berdekatan dengan surau di tempat mereka. Sampainya mereka di sana, azan Asar berkumandang. Statin mengajak mereka untuk solat Asar. Kali ini Verapamil ikut manakala mereka yang lain terlalu lapar pada masa itu untuk solat jemaah bersama di surau.
Pukul 5.00 petang. Mereka pulang ke rumah masing-masing. Selalunya petang-petang begini mereka berlima akan turun beriadah bersama untuk berlatih futsal. Mereka berlima handal bermain futsal dan pasukan mereka merupakan yang paling digeruni kampung-kampung lain. Mereka jugalah juara kejohanan futsal di tempat mereka. Pasukan mereka cukup lengkap dengan kekuatan dan keserasian yang mantap. Selalunya apabila hari hampir gelap, Statin pulang dahulu kerana ingin bersiap-siap untuk solat Maghrib.
Pukul 7.30 malam, azan Maghrib berkumandang di surau. Statin solat Maghrib berjemaah di situ. Dalam perjalanan balik ke rumah, Statin terserempak dengan empat sahabat baiknya yang baru sahaja selesai berlatih. Mereka balik bersama-sama sambil membincangkan aktiviti yang ingin dilakukan bersama-sama malam ini. Verapamil mencadangkan makan malam di suatu tempat di tepi pantai, Sertraline mencadangkan snooker. Mereka bersetuju dengan kedua-dua cadangan.
Pukul 8.25 malam, mereka semua bergerak dengan kereta Kenari milik Salbutamol. Di pertengahan jalan, azan Isyak berkumandang. Statin mengajak mereka supaya berhenti sebentar untuk solat Isyak, mereka berempat ketawa sinis kerana menyangka Statin hanya bergurau. Statin menggesa agar berhenti, tetapi Salbutamol berdalih kerana ingin cepat supaya dapat pulang ke rumah dengan cepat dan berjemaah di rumah. Salbutamol ini rajin orangnya jadi dia memang banyak kerja di rumah. Statin terpaksa mengalah. Mereka sampai di tempat makan. Mereka makan bersama-sama, habis sahaja makan mereka terus ke tempat snooker.
Malam itu mereka tiba di rumah jam 2.00 pagi dalam keadaan yang sudah mengantuk. Statin mengambil wuduk, dia menunggu rakan-rakan lain untuk solat bersama tapi ternyata mereka sudah terlalu mengantuk pada waktu itu. Statin solat Isyak dan witir sambil berniat untuk bangun tahajud. Rezeki Statin bukan pada malam itu. Dia terlalu mengantuk untuk bangun solat malam.
Mereka berlima mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai aspek. Mereka berjemaah dalam semua hal kecuali hal yang paling penting iaitu solat.
Mengapa mereka boleh berjemaah dalam benda-benda lain kecuali solat? Persoalan yang penulis juga tidak dapat untuk merungkaikan.
Beginilah kehidupan di sebuah bandar Islam. Bandar yang maju dari segi ekonomi dan kesejahteraan politiknya. Rakyatnya terdiri dari golongan profesional yang hebat-hebat dan ramai yang bergelar jutawan. Pemimpin mereka contoh terbaik dalam kehidupan seharian mereka. Negara ini sedang berada di kemuncak dari segi teknologi, pemikiran, dan ilmu selari dengan kuasa-kuasa besar dunia yang lain.
Tetapi adakah rakyat negara ini betul-betul kuat? Benar-benar hebat? Sedar atau tidak, dalam perkembangan ekonomi yang pesat, perkembangan sosial juga semakin pesat. Negara Parmac mungkin negara yang maju dari segi ekonomi tetapi ia juga pincang dari segi akhlak terutamanya masalah-masalah sosial seperti buang bayi, zina, arak, pelacuran, dadah, rogol, dan sumbang mahram berleluasa. Mat rempit dan gangster kebanyakannya orang Islam. Tidak kurang juga yang murtad. Tanpa disedari generasi pemuda yang akan memimpin negara pada masa hadapan nanti terdiri dari generasi ini. Adakah mereka sedar?
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Tanpa tiang kita hanya boleh tinggal di atas tikar sahaja. Begitu juga agama, tanpa solat maka agama akan jadi seperti tikar yang letaknya di bawah punggung sahaja. Rakyat negara Parmac mungkin bersatu padu tetapi hati mereka cukup rapuh yang mungkin hancur ditiup angin-angin keduniaan. Mereka akan kalah dalam jihad melawan nafsu, walaupun mereka bersatu padu tetapi hakikat hati yang kosong tidak akan dapat diisi dengan hati kosong yang lain. Satu gelas yang kosong tidak dapat diisi dengan gelas kosong yang lain. Iman yang disangka sudah cukup kuat tapi hakikat yang iman hanya dimulut tak dapat disangkal lagi.
Pesan penulis kepada penduduk negara Parmac supaya berfikir dan buat sesuatu, kerana negara anda sedang diserang tanpa disedari. Diserang oleh tentera-tentera syaitan yang mengalir dalam salur darah semua rakyatnya. Negara anda tidak akan dapat bertahan dengan jemaah yang selemah-lemah jemaah ini. Mantapkan jemaah anda!!! Bertahan dan bersabarlah!!! Kerana janji bantuan Allah akan tiba.
Alhamdulillah, penulis berasal dari Malaysia. Jauh dari masalah-masalah ini, betul tak?
Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban R.A bahawa Rasullullah S.A.W bersabda, dengan mafhumnya:
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda s.a.w.:
"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah s.a.w.:
"Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Cintakan dunia dan takut akan kematian."
.

Saturday 10 December 2011

nak hp nie...!!! huhuuuu :(

nk hp nie....plissss :( huhuhu

me n my frenz :)

 graduation day wit Afini Fauzi :) yeay!!


 science projek in paddy field at Kg.Gong Manak wit Fakhirah Khairudin,hehe :p

after pmr,,last day hve done b.a paper wit Hazirah Azhari...yeay!!